NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian dan Mahir Baiki Gadjet Minggu – 5
10 Februari 2026 | Aktiviti Terkini10 - 14 Ogos 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Agri Pertanian dan Mahir Prompt Enginer Minggu – 5. Seramai 2 orang peserta telah menghadiri kelas mahir di NADI.
Kelas Mahir Agri (Pertanian) – Modul ke 5 ini, peserta telah mempelajari cara menyediakan medium semaian, memilih benih terung yang berkualiti serta teknik menyemai benih dengan betul. Peserta turut didedahkan kepada penjagaan semaian seperti penyiraman, pencahayaan dan pemantauan pertumbuhan anak pokok sebelum dipindahkan ke tempat penanaman.
Kelas Mahir Baiki Gajet – peserta diperkenalkan kepada asas membuka dan memasang semula peranti Android dengan kaedah yang betul dan selamat. Peserta mempelajari fungsi komponen utama, penggunaan peralatan asas serta langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kerosakan pada peranti. Modul ini membantu meningkatkan kemahiran asas peserta dalam penyelenggaraan dan pembaikan gajet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: